Skip to main content

🌸 Pengalaman pertama berpantang selepas bersalin czer 🌸

Selepas selesai bersalin & menetap 2 hari di hospital KPJ Damansara, saya dibenarkan balik ke rumah sendiri :
✔️ Maryam sihat tiada kuning الحمدلله
✔️ Mama maryam pun dah boleh bergerak sendiri selepas operation tapi still perlu support dgn something di bahagian luka الحمدلله
✔️Jahitan luka pembedahan pun OK الحمدلله
Seminggu yang pertama berpantang husband yang jaga. Beli & masak lauk pantang, mandikan Maryam & semua la keje rumah diselesaikan 👍🏻
Saya sambung berpantang selama hampir 3 bulan di rumah parents di Shah Alam. 1st time mak saya nak jaga puteri dia yang bersalin czer nie. Sebab kakak saya bersalin normal utk 5 org anak2nye. Sebenarnye lebih kurang sama je cara berpantang & penjagaan selepas bersalin nie cuma bezanye mcm mane nak jaga luka pembedahan tu sebab czer nie is a major operation yang mana 7 lapisan otot perlu dipulihkan semula. Haha..part nie mmg saya baru tahu..😳
Setiap hari mak saya akan selak buku resepi masakan sihat utk masak lauk pantang. Awal - awal tu try & error utk test perut Maryam boleh terima ke tak. Setiap kali kalau Maryam tak boleh tidur malam mesti pertama skali saya & mak saya akan check adalah perut Maryam, try recall ape yg dimakan the whole day. Lama kelamaan dah tahu ape yg sensitif utk perut Maryam.
My simple rule of thumb makanan pantang nie, bykkan ambil protein, sayur & buah2an utk pulihkan luka czer plus saya minum ESP setiap pagi & petang dan 1 sudu kecil vivix sebelum tido.
Selain ESP & vivix, saya top up juga dengan supplement shaklee yang lain :
✔️ Vitamin C
✔️ B complex
✔️ Vitalea Iron Formula
✔️ Omega Guard
✔️ Ostematrix
✔️ Alfafa Complex
Saya ada juga ambik pakej masakan pantang dari tukang urut saya (kak mun) utk 10 hari. Setiap hari time lunch kak mun akan hantar & mmg sgt berbaloi sebab ahli keluarga yg lain pun boleh makan sama sehingga dinner. Guess what?? Kak mun ade masak seafood😱 & saya belasah je makan dgn penuh yakin... hehe sebab ada 1 sup special utk setiap hidang & wajib habiskan. Plus saya amalkan juga 1 sudu kecil vivix setiap malam sebelum tido & الحمدلله xde gatal2 langsung kat bahagian luka tu malah kesan jahitan czer pun semakin cantik. 👍🏻
Mengurut selepas pantang pun saya ambil pakej dengan kak mun. 5 kali aje . Dah biasa dia urut b4 kawin. Mmg best. Saya pesan siap2 yg saya bersalin czer so bhgn jahitan tu tidak diurut. Kak mun buat juga urutan utk melancarkan pengaliran susu badan 👍🏻
Dr O & G saya tak galakkan utk pakai barut di awal - awal pantang. Yang penting saya kena buat exercise angkat 2 kaki sambil baring setiap hari utk kuatkan semula otot. 1st appointment selepas 1 bulan berpantang, Dr check dibahagian czer, الحمدلله kesan jahitan dah semakin cantik, tiada bintik2 merah just kena selalu bersihkan dengan alcohol swab & sapu ubat yg Dr bagi sampai habis, pastikan bahagian jahitan tu sentiasa kering.
Dr juga ade pesan pada saya utk banyakkan berjalan & buat sit up slowly but continuously utk kempiskan perut tu. Sape yg pernah bersalin czer tahu la mcm mane keadaan @ rupa perut tu..hehe...😁
Thanks to all my family members & friends especially my husband & anak2 dan mak abah for all the support given ❤️❤️❤️

Comments

Popular posts from this blog

Harga Supplement Shaklee

Berikut adalah senarai harga pasaran produk Shaklee mulai 1 Julai 2022.  Alfalfa Complex (L) (700 tablets) RM115.00 Alfalfa Complex (S) (330 tablets) RM63.75  B-Complex Plus with Folic Acid (120 tablets) RM68.75  CarotoMax® (30 capsules) RM81.25  Collagen Plus Powder (15 sachets x 5g) RM298.00 CoQ-Trol Plus (30 capsules) RM156.25  DTX® Complex (90 caplets) RM163.75  Elderberry Tea Mix (28 sticks) RM131.25  ESP Mixed Soy Protein Isolate Powder with Vanilla Flavour (850g) RM173.75  Garlic Complex (60 tablets) RM58.75  GLA Complex (60 softgels) RM92.50  Herb-Lax™ (120 tablets) RM63.75 Lecithin (180 softgels) RM66.25 Life Shake Mixed Soy Protein with Elderberry (589g) RM206.25  Life Shake Mixed Soy Protein with Matcha (571.2g) RM206.25 Meal Shakes - French Vanilla (544g) RM126.25 NutriFeron® Granules (1.2g x 30 sachets) RM198.75 OmegaGuard™ (90 capsules) RM142.50 OsteNutrix (120 caplets) RM68.75 Pain Relief Caplet (90 caplets) RM125.00 ...

Ujian, Cabaran & Nikmat Tahun 2023

Refleksi tahun 2023 untuk keluarga kecil kami.  Pertamanya ucap syukur ke hadrat Ilahi dengan pelbagai ujian dan cabaran serta nikmat yang menjadikan kami lebih dekat dengan Allah SWT.  Setiap kali ujian yang berlaku pasti akan ada nikmat selepasnya. There will a rainbow after the rain gitu😁.  Cabaran, ujian & nikmat sepanjang tahun 2023; 1. Maryam & Khadeeja terkena virus influenza A seawal bulan Jan 2023. 2. So kami sekeluarga kuarantin sendiri di rumah selepas berjumpa dengan doktor pakar kanak - kanak. Sorang sekotak ubatan yang doktor bekalkan untuk Maryam & Khadeeja.  3. Cabaran kami utk pastikan ubat diberikan tepat pada masanya. Tau2 je la kan mcm mane gelagat anak2 bila kena makan ubat. Berlari satu rumah kejar mengeja sehingga dapat tangkap sambil pegang tangan dan kaki😅. 4. Jan 2023, saya disahkan pregnant. Kandungan baru berusia 5 minggu mase tu. Rasa letih yg double sebab menjaga Maryam & Khadeeja. Selepas 3 minggu berlalu saya pula yan...

Rahsia Dapat Cash Rebate Setiap Bulan : Dapat Makan Supplement PERCUMA

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pengunjung setia & baru blog Aisyah K.  Puasa pun sudah, raya pun sudah. Mari kita bekerja lebih gigih dan efektif. Peluang pekerjaan diluar sana sangat banyak sejak tahun 2022 sehingga kini. Berniaga mahupun bekerja dengan gaji tetap pada setiap bulan masing - masing mempunyai cabaran turun & naiknya. Cash Rebate Pertama Pada Tahun 2015. Aisyah sendiri masih bekerja tetap di sebuah syarikat swasta dari tahun 2009 sehingga kini. Pada masa yang sama saya membuat bisnes shaklee secara diatas talian sahaja. Bermula aktif dalam bisnes shaklee ini dari tahun 2017 sehingga kini. Tahun 2015 saya hanya sebagai pengguna produk supplement shaklee terbaik di Malaysia. Setiap bulan konsisten amalkan produk supplement asas shaklee. Tidak menyangka pula sambil makan supplement shaklee setiap bulan secara konsisten, dapat pula cash rebate. Tidak pernah terfikir pun boleh dapat bonus tunai pada setiap bulan. Ketika tahun 2016 hanya memikirkan mahu...