Skip to main content

SANGAT BERPUAS HATI DENGAN KEPUTUSAN UJIAN DARAH & MGTT MENGANDUNG KALI INI

Assalamualaikum wbt & Salam sejahtera kepada pembaca blog AISYAYH K, JURNAL HAMIL & MENYUSU. Ini adalah entry pertama blog saya. Boleh share & tinggalkan komen ya. Terima kasih.

Saya nak kongsikan disini perbandingan keputusan ujian darah semasa mengandung 2 tahun yang lepas pada 2018 & tahun ini 2020. Kedua - duanya prosidur yang sama kena puasa 8 jam sehari sebelum ambil darah & ambil darah 2 jam lepas minum air gula.

Tahun 2018, Saya pertama kali mengandung. Saya selalu merujuk buku 9 bulan 10 hari. Mase nie saya agak tidak menjaga makan & kurang bersenam even sebelum mengandung lagi. Supplement pre-natal shaklee pun saya tak ambil secara konsisten & teratur mcm dah agak lewat mase tu dh masuk 6 bulan baru ambil betul2. Dr O&G kate nak ambil darah selepas raya..mase nie orang byk makan kan..x nak ambil darah mase bulan puasa. So saya akur & follow jer la ckp Dr.Paling saya ingat mase raya 2018 banyak makan pulut kuning & rendang ayam (yang dimasak menggunakan noxxa). Memang nampak sangat saya x jaga makan mase nie. So result MGTT saya tahun 2018 mmg x cantik & Dr O&G diagnos saya ade GDM mase mengandung.
Keputusan bacaan gula sebelum minum air gula (berpuasa) adalah 4.2, normal range 3.9 - 6.1. Keputusan selepas 2 jam minum air gula 9.9, melebihi bacaan normal iaitu 2.9-6.7. Keputusan bacaan hemoglobin 13.7, normal range 11.5-16


So agak sedih mase tu. Dr just advice jumpa pakar diet. So sepanjang jumpa pakar diet, dia nasihatkan saya utk control gula dengan mengamalkan diet yang sihat siap ada buku utk saya catat & monitor selama 2 minggu. So saya & suami (as a moral support) sama2 follow cadangan diet yang Dr bagi. After 2 minggu saya jumpa Dr pakar diet tunjuk progress bacaan gula dlm darah yang saya ambil sendiri di rumah. Dr berpuas hati dengan keputusan bacaan darah dlm gula saya. Tapi mase jumpa Dr tu still kena ambil darah depan2 dia sebab nak tgk jugak result mcm mane. Alhamdulillah bacaan gula dlm darah saya normal utk sesi pagi.Kesan GDM mase mengandung nie, bila scan Maryam punya berat naik agak banyak selang seminggu. Last scan pada 15/8/2028 iaitu sehari sebelum bersalin, Dr bagi tau berat Maryam 3.4kg.

Tahun 2020. Kali ke - 3 saya mengandung, anak ke -2. Sebelum tu nak share sikit. Sebelum saya mengandung kali, saya sangat disiplin bab makan & senaman sebab ada latar belakang mengandung with GDM sebelum ini. Selepas bersalin Maryam, masa berpantang memang jaga betul2 food intake & konsisten ambil supplement post - natal shaklee. Plus menyusu badan Maryam. Masa Maryam dah genap umur 1 tahun, iaitu pada 16.08.2019, saya mula join program detox queen sehinggalah pertengahan bulan Disember 2019. Dapat la buat 7 kali detox queen sebelum saya disahkan mengandung pada hujung Disember 2019. Program detox queen yang saya buat nie lengkap dengan menu sihat selama 7 hari bersama dengan senaman & supplement utk menyokong bagi mendapatkan hasil detox queen yang kita mahukan atau pun result after detox yang x disangka - sangka & best. Selain tu, saya dan suami konsisten "morning walk" & hiking (sebelum saya mengandung) setiap hujung minggu.Mengandung kali ini saya memang konsisten mengamalkan supplement shaklee, jaga food intake, langsung x minum air manis, kerap morning walk tapi xde hiking la, ganti dengan prenatal cardio workout selama 20 minit selang sehari. Pada 06.03.2020 saya buat ujian darah & kena minum air gula sebab ade history mengandung with GDM pada tahun 2018. Seminggu selepas tu dapat keputusan. Berdebar jugak nak tengok. Alhamdulillah, saya amat berpuas hati dan x sangka bacaan gula dalam darah saya adalah normal utk bacaan semasa berpuasa & 2 jam selepas minum air gula perisa anggur.
Keputusan bacaan gula sebelum minum air gula (berpuasa) adalah 3.8, normal range 3.5 - 5.5. Keputusan selepas 2 jam minum air gula 5.5, bacaan normal iaitu < 7.8 Keputusan bacaan hemoglobin 13.9, normal range 11.5 - 16.5




Dr nampak surprise dengan keputusan bacaan gula dlm darah saya ni dan meminta saya minum lagi air gula mase 28 minggu nnt sebab katenye saya ade latar belakang GDM sebelum ini utk lebih kepastian bacaan kali ke-2 nie adalah normal juga. Baiklah Dr. So for time being, saya teruskan jer la healthy lifstyle saya.

Comments

Popular posts from this blog

Vitamin Kulit Cantik Harga Rahmah Untuk Ibu Hamil.

Assalamualaikum & Salam sejahtera kepada pembaca blog Aisyah K. Pejam celik sudah 15 Ramadan. Sekejap lagi sahaja akan tiba syawal pula. Bagaimana ibu hamil berpuasa? Ada alami masalah kulit kering tak? Mari baca perkongsian saya seterusnya. Sebelum itu apa yang anda faham tentang kulit cantik? Adakah dengan makan vitamin kulit cantik terus boleh dapat kulit yang cantik dan sihat? Kulit cantik adalah kulit yang sihat dan berseri. Ianya mencerminkan kesihatan anda yang baik.  Tidak sukar sebenarnya untuk anda memiliki kulit cantik idaman anda. Apa yang penting adalah anda perlu ada pengetahuan umum penjagaan kulit dan amalkan dengan kerap dalam rutin harian anda.  Saya mahu fokuskan entri vitamin kulit cantik ini khusus bagi kaum wanita yang sedang hamil. Ibu - ibu hamil pasti ada pengalaman menghadapi masalah kulit muka sepanjang 9 bulan kehamilan. Kulit kering ibu hamil Masalah Kulit Kering & Kusam Ibu Hamil. Bagaimana vitamin kulit cantik ini dapat membantu men...

Set Kurus Shaklee - Boleh Kurus Selepas Bersalin.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera kepada pengunjung blog Aisyah K.  Enti kali ini aisyah nak berkongsi tentang set kurus shaklee & bagaimana ianya membantu momies untuk kembali mendapatkan berat badan yang ideal terutamanya selepas bersalin. Biasanya ibu - ibu selepas bersalin pastinya mahu dapatkan berat badan seperti sebelum mengandung kan..? Atau apa nutrisi yang diperlukan secukupnya bagi ibu yang sedang menyusukan anak, nak sangat elak rasa craving atau terlalu lapar selain buat intermittent fasting . Ok, saya perkenalkan produk dalam set kurus shaklee secara terperinci yang boleh membantu & telah membantu ramai pengguna produk ini mencapai berat badan ideal. Set Kurus Shaklee ini didatangkan dalam set yang diberi nama "HELLO NEW YOU SET". Di akhir entri ni nanti saya akan kongiskan testimoni sebagai motivasi kita bersama. Set Kurus Shaklee terdiri daripada CINCH Chocolate, Omega Guard, Lecithin & Herblax. Satu lagi adalah Vivix, yang ini saya cadangakan ...

Set Puasa Shaklee Untuk Ibu Hamil

Assalamualaikum & Salam Sejahtera kepada pengunjung & pembaca setia blog Aisyah K. Lebih kurang 30 hari +- kita akan menyambut bulan Ramadan. Terasa pantas betul masa berlalu. Rasa baru jpuasa masa mengandung & menyusukan Khadeeja 2 tahun lepas.  Dalam entri blog Aisyah K kali ini, saya nak berkongsi tentang masalah yang sering dialami oleh ibu hamil yang berpuasa di bulan Ramadan.  Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian. Usah risau, ibu yang sedang hamil boleh berpuasa dengan tenang & kekal bertenaga untuk melakukan ibadah di sepanjang di bulan Ramadan.  BERPUASA KETIKA HAMIL Sebelum itu, perlu diingatkan ibu hamil telah diberikan kelonggaran dalam agama untuk tidak berpuasa jika khuatir boleh menjejaskan tahap kesihatan diri & anak di dalam kandungan.  Jika ibu hamil yang telah mendapatkan nasihat & pandangan daripada doktor yang membenarkan untuk berpuasa, boleh la teruskan dengan yakin. Tapi pasti di sepanjang berpuasa tu nanti, akan ...