Pada entri sebelum ini saya telah berkongsi sebab penyakit kanser dan bagaimana polifenol membantu cegah penyakit kanser. Entri kali ini juga saya akan kongsikan input dari kelas Prof Madya Dr Haresh juga yang telah saya ikuti pada 17/06/2023 (Sabtu) secara diatas talian melalui aplikasi Zoom. Anda boleh kenali siapa Prof Madya Dr Haresh pada entri saya sebelum ini. "30% daripada semua kematian akibat kanser di Amerika Syarikat adalah berkaitan dengan pemakanan yang buruk atau tidak sihat & keadaan tidak aktif yang membawa kepada obesiti." Fokus entri saya kali ini adalah cara pemakanan yang sihat di dalam membantu mencegah dan mengurangkan risiko kita mendapat kanser. Mengapa memberi kanser peluang apabila anda sendiri boleh & mampu melakukan sesuatu mengenainya? Meningkatkan Pengambilan Buah - Buahan & Sayur - Sayuran & Menghadkan Makanan Berlemak Tinggi . Penukaran cara pemakanan adalah dengan fokus kepada; (1) pengambilan protein dari sumber tumbuhan (2)...