Amalan gaya hidup sihat sangat banyak membantu bagi menghilangkan jeragat yang sudah lama bertapak pada kulit muka. Akan tetapi tidak ramai yang boleh konsisten dengan amalan gaya hidup sihat ini.
Apa amalan gaya hidup sihat itu? Boleh baca dengan lebih terperinci pada enti blog saya sebelum ini. Antaranya bersenam, detoks & IF dan mengurangkan pengambilan gula dalam pemakanan harian.
Sebelum saya kongsikan apa petua hilangkan jeragat, mari saya kongsikan apa itu jeragat & apa pula punca munculnya jeragat pada kulit wajah kita.Apa itu jeragat & punca jeragat muncul?
Jeragat adalah tompok - tompok kecil yang memenuhi bahagian muka seperti dahi, pipi, hidung & kawasan sekitar mulut. Ianya berwarna lebih gelap dari kulit muka yang asal dan menyebabkan tona kulit jadi tidak sekata.
Jeragat sebenarnya bukan di lapisan luar kulit muka, ia sebenarnya mempunyai akar sehingga ke lapisan bawah kulit. Boleh rujuk gambar dibawah ini.
Sampai bila perlu pakai make - up tebal untuk menutupi jeragat? Hendak keluar rumah mungkin ia boleh disembunyi dengan make - up. Di rumah depan suami macam mana pula kisahnya? Sebaiknya di rumah lah kita paling cantik sebab nak menghadap suami tercinta. Setuju tak para isteri semua?
Ok mari kita lihat apa punca jeragat muncul di kulit muka?
(1) Cahaya Matahari
Anda akan lebih berisiko untuk mengalami masalah jeragat jika anda jenis banyak berjemur dibawah terik matahari berbanding mereka yang lebih banyak meluangkan masa dalam bangunan. Cahaya matahari mengandungi sinaran UVA & UVB yang merosakkan sel kulit dan menyebabkan kulit berjeragat.
(2) Tiada Rutin Penjagaan Kulit Muka.
Nak elak kulit muka dari berjeragat tidak perlukan duit yang banyak. Hanya perlu rajin dengan amalan rutin harian penjagaan kulit muka agar tidak mudah ditumbuhi oleh jeragat.
Mencuci muka. memakai penyegar & pelembap. Amalkan asas penjagaan kulit muka ini setiap 2 kali sehari. Jika kulit muka anda berjeragat cuba lihat adakah anda pernah culas dalam penjagaan asas kecantikan setiap hari.
(3) Usia
Risiko jeragat tumbuh akan meningkat apabila usia semakin meningkat. Kebiasaannya akan bermula pada usia awal 30-an & ada juga seawal usia 20-an. Maka cubalah untuk tidak culas buat rutin harian penjagaan kulit muka.
(4) Perubahan Hormon.
Perubahan hormon dikalangan wanita boleh berlaku ketika mengandung, menyusu, melahirkan atau mengambil pil perancang. Ianya boleh menjadi punca jeragat bermaharajalela di wajah.
Ada juga wanita yang sudah stabil hormonnya, tetapi jeragat masih muncul sana sini di wajahnya.
(5) Persekitaran yang tercemar.
Radikal bebas yang berpunca daripada pendedahan kepada segala macam kotoran akan menyebabkan kulit muka rosak & berlakunya masalah jeragat.
Sudah tahu punca, marilah kita lihat apa petua hilangkan jeragat dengan cara yang berkesan untuk jangkamasa panjang.
#1. Guna perahan jus lemon.
Ini salah satu cara tradisional bagi memudarkan kesan dan sekaligus menghilangkan jeragat. Jus lemon mengandungi kandungan vitamin C dan asid sitrik yang sangat efektif untuk menghilangkan jeragat. Bukan sekadar menghilangkan jeragat malah boleh mencerahkan wajah.
#2. Sapukan Aloe Vera/Lidah Buaya.
Selain sapuan jus lemon sebagai petua hilangkan jeragat yang berkesan, sapuan aloe vera juga adalah salah satu petua turun termurun untuk menghilangkan jeragat. Aloe vera mengandungi sejenis komponen yang dikenali sebagai Aloesin yang efektif untuk hilangkan jeragat.
#3. Serbuk kunyit.
Campurkan 1 sudu teh serbuk kunyit bersama dengan jus lemon.Kacau sehingga sebatian pekat. Sapu pada bahagian dan kawasan jeragat. Tunggu sehingga kering & bilas. Amalkan seminggu sekali petua hilangkan jeragat ini.
#4. Teh hijau.Teh hijau bukan sahaja berkhasiat untuk diminum di petang hari, ia juga diambil sebagai petua hilangkan jeragat pada wajah.
Sifat antiradang & antiinflamasi pada teh hijau ini membantu juga mengurangkan iritasi pada kulit sekaligus merawat pelbagai masalah kulit termasuklah jeragat.
Petua hilangkan jeragat #1 sehingga #4 adalah petua tradisional yang pernah saya amalkan ketika bujang dulu - dulu. Sekarang selepas sudah berkahwin dan mempunyai anak - anak kecil, saya tidak berkesempatan untuk menggunakan petua ini selalu, sekali sekala sahaja. Nanti anak - anakku pun nak pakai juga, mana boleh tengok mama pakai sorang - sorang 😄
Ada petua lain hilangkan jeragat tak?
Sejak sudah kahwin dan menjadikan rutin harian amalan gaya hidup sihat sehingga kini sangat membantu mengatasi masalah jeragat ini. Petua hilangkan jeragat yang lebih mudah bagi saya adalah :
(1) Jaga pemakanan harian anda. Kurangkan pengambilan makanan & minuman yang tinggi gula. Seimbang antara protein, vitamin & mineral. Lebihkan makan sayur & buah. Sewaktu ketika dahulu mak - mak kita selalu pesan makanlah ulam, ulam elok untuk kesihatan dalaman dan luaran.
(2) Disiplin dan menjadikan rutin harian untuk menggunakan produk penjagaan kulit muka YOUTH Shaklee. Kandungan utama youth ini adalah polifenol. Polifenol ini bersifat tahan lasak, antiradang & antiinflamasi. Ianya melindungi kulit muka anda dari dalam sehingga ke peringkat sel kulit.
Polifenol yang terdapat dalam Youth ini adalah dari anggur muscadine. Selain itu seperti pada gambar dibawah ini adalah antara kandungan utama dalam set produk penjagaan kulit Youth.
(3) Aktif.
Kekal aktif mengikut tahap umur anda. Samada bersenam, berjalan kaki atau pun hiking. Apabila anda sentiasa aktif, pengaliran darah seluruh tubuh badan anda juga akan berjalan dengan lancar keseluruh organ termasuk kulit. Ia juga membantu mengekalkan kesihatan kulit.
- Eye bag
- Kedutan
- Jeragat
- Jerawat
- Bintik hitam
- Menyokong dalam pengeluaran kolagen yang sihat
- Mengurangkan penuaan pramatang dan pembentukan kedutan
- Melindungi kulit dari kerosakan UV
- Menggalakkan kulit yang lebih tegang dan kelihatan lebih muda berseri
- Trio Vivix - 10% diskaun (RM 1,077.30/RM 179.55 x 6 bulan)
- Trio ResV - 10% diskaun (RM 1,155.60/RM 192.60 x 6 bulan)
- ResV-ivix - 5% diskaun (RM 785.70/RM 130.95 x 6 bulan)
Comments
Post a Comment