Skip to main content

Testimoni Shaklee Berpantang Selepas Bersalin & Menyusukan Anak Sehingga Usia 2 Tahun.

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pengunjung  setia & baru blog Aisyah K. 

Sudah genap 9 tahun pada bulan Jun tahun 2014 saya mendaftar sebagai pengedar sah shaklee. Bermula dengan set supplement asas sahaja. Dari situ bermulalah pelbagai testimoni shaklee yang saya sendiri perolehi. Bermula dari bujang sehinggalah kini anak sudah ada 2 orang. Testimoni shaklee semasa hamil 9 bulan 10 hari. Testimoni shaklee semasa menyusukan anak sehingga umur 2 tahun. 

Ada juga testimoni shaklee ketika kulit muka naik jerawat. Menakjubkan sungguh bila konsisten ambil supplement shaklee terbaik di Malaysia ini. Kulit muka saya kembali sihat dan jerawat hilang tanpa meninggalkan kesan parut. 

Paling menggembirakan adalah saya hanya fokus untuk 1 sahaja akan tetapi dapat 2 sekali testimoni shaklee sepanjang hamil, berpantang & menyusukan anak sehingga umur 2 tahun. Kesan sampingan yang tidak disedari. Sebab fokus ketika itu hanya hendak sihat tubuh badan & anak pun sihat bersama. Dapat pula testimoni shaklee kulit muka semakin sihat & glowing.

Testimoni Shaklee #1 : Ibu Bekerja Berjaya Menyusukan Anak Sehingga Umur 2 Tahun.

Maryam & Khadeeja. 

Kedua - duanya saya berjaya menyusukan sehingga umur 2 tahun. Saya adalah seorang ibu yang bekerja. Ulang alik dari Kelana Jaya ke Klang setiap hari. Mengendong satu beg penuh lengkap dengan peralatan perahan susu yang sudah menjadi kebiasaan. Demi menghasilkan stok EBM (express breast milk) yang mencukupi untuk anakanda di rumah pengasuh. Tahun 2018 - Maryam & tahun 2020 - Khadeeja.

Sebagai pengguna Joyful Set Shaklee iaitu set penyusuan lengkap Shaklee sepanjang menyusukan 2 orang anak, pelbagai testimoni shaklee yang boleh saya kongsikan. 


Kedua - dua anak saya dilahirkan secara czer. Cabaran hendak menyusukan anak semasa 2 minggu pertama berpantang sangatlah menguji kesabaran & kekuatan dalaman. Pada awalnya saya hanya "direct feeding" sahaja anak - anak. Tiada lagi niat untuk memulakan perahan susu untuk buat stok EBM.

Selepas sebulan lebih barulah saya memulakan aktiviti perahan susu sebagai persiapan sebelum mula bekerja selepas habis berpantang. 6 bulan pertama, jadual perahan saya adalah setiap 3 jam terutamanya ketika berada di pejabat. Set penyusuan lengkap shaklee telah banyak memberikan manfaat. Testimoni shaklee yang paling dirasai adalah saya semakin cergas walaupun bangun seawal pukul 4.30 pagi untuk memerah susu badan & menyediakan sarapan sebelum ke tempat kerja setiap hari. 

Set penyusuan lengkap shaklee

Inilah set penyusuan lengkap shaklee. Testimoni shaklee yang utama adalah susu badan sentiasa meriah. Walaupun permintaan (demand) anak ketika itu sangatlah tinggi & menuntut kekuatan dan kecergasan saya setiap hari, ianya dilalui dengan aman sejahtera.  Bangun sekejap - sekejap pukul 2 pagi. Kadangkala pukul 3 pagi dikejutkan semula oleh anakanda tersayang. Ibu tenang & anak kenyang. Itulah testimoni shaklee terindah saya sepanjang penyusuan anak sehingga umur 2 tahun. 

Testimoni shaklee menyusu Khadeeja seawal hari ke - 2 bersalin. Saya sudah terpaksa membuat perahan susu (EBM) dengan hanya menggunakan tangan sahaja. Sebab susu badan saya sudah melimpah walaupun Khadeeja baru sahaja menyusu badan. Hasil perahan susu diawal hari berpantang sangatlah pekat. Nurse siap puji banyak susu keluar awal - awal lepas bersalin.


Testimoni shaklee juga dirasai oleh Khadeeja sepanjang menyusu badan selama 2 tahun. Tidur Khadeeja sangat lena selepas setiap kali selesai sesi penyusuan. Anak membesar dengan sihat & ceria. Berat badan naik secara normal mengikut graf. Bila anak pun dapat tidur dengan lena, saya pun menumpang sama dapat tidur yang sangat lena juga.





Testimoni Shaklee #2 : Berpantang Selepas Bersalin Secara Pembedahan.

Tahun 2020 ketika PKP & bersalin anak nombor 2. Sebelum bersalin, berbincang dengan suami samada hendak ambil CL (confinement lady) ataupun tidak sepanjang tempoh berpantang nanti. Memikirkan sedang PKP tapi boleh merentas antara daerah, maka 2 minggu selepas bersalin baru kami ambik keputusan untuk menggunakan perkhidmatan confinement lady sekitar Kuala Lumpur sahaja.

Ketika di hospital lagi saya sudah mula berpantang dengan set berpantang Shaklee. Kali kedua bersalin secara pembedahan, maka ada sedikit pengalaman bagaimana hendak berpantang sambil menyusukan anak. Apa yang saya ambil semasa menyusu & berpantang adalah supplement shaklee yang sama sahaja.

  • ESP
  • Vita C Sustain Released
  • Ostenutrix
  • Omega Guard
  • Alfafa Complex
  • B Complex
  • Vita Lea Iron Plus (kini dikenali sebagai Vita - Lize)
  • Lecithin
Tambahan supplement lain ketika berpantang adalah Vivix & Res-V. 

set berpantang shaklee

Sehari selepas melahirkan secara pembedahan, saya masih perlukan bantuan dari jururawat di KPJ Damansara. Bantu untuk saya bangun berjalan ke tandas terutamanya sebab tiub kencing sudah dibuka. Maka perlu gagahkan diri untuk bangun dan kuatkan semula otot secara perlahan - lahan. 

Testimoni shaklee saya dapat dirasai ketika berpantang pada hari ke-2 ketika di ward lagi, alhamdulillah saya sudah berjaya berjalan sendiri, siap boleh bancuh ESP sendiri untuk sarapan pagi sebelum mula menyusukan anak pada sesi pagi. Selepas makan sarapan, saya telan semua vitamin seperti gambar diatas ini mengikut kadar yang telah ditentukan.

Di awal tempoh berpantang selepas bersalin, perkara bangun di awal pagi pukul 2 & 3 pagi adalah perkara biasa untuk menyusukan Khadeeja. Bangun pagi samada menukar lampir atau menyusu. Itu sahaja dua rutin di awal pagi. 


Hasil konsisten dengan set berpantang shaklee ini ditambah pula dengan vivix & res-v, alhamdulillah saya semakin sihat dan cergas seawal hari ke sembilan berpantang. Testimoni shaklee ini saya kongsikan dalam kumpulan wasap PAF Network. Semasa bersalin Maryam yang juga secara pembedahan, RES-V belum muncul lagi. Ketika bersalin Khadeeja terus saya gabungkan Vivix & Res-V semasa tempoh berpantang & menyusukan anak. 


Luka bersalin secara pembedahan pun cepat pulih. Sebulan selepas bersalin saya ada temujanji dengan doktor O&G saya di KPJ Damansara. Paling utama doktor hendak tengok keadaan luka czer. Testimoni shaklee ketika ini, semasa doktor tekan beberapa kali di bahagian luka tersebut, saya tidak merasa sakit. Doktor pun hairan betul ke saya tidak rasa sakit. Sangat bagus manfaat polifenol dalam vivix & Res-V. Proses pemulihan berlaku dengan begitu cepat.

Selama tempoh berpantang, fokus utama hanyalah hendak badan kembali sihat dan bertenaga serta anak mendapat susu badan yang mencukupi. Tidak sangka pula sambil itu dapat pula testimoni shaklee lain ketika berpantang & menyusukan Khadeeja. Hanya minum ESP setiap hari dan vitamin lain termasuklah vivix & Res-V dapat rasai kulit mula sangat sihat, sekata dan glowing. Saya sangat jarang bertatarias muka. Hanya menggunakan produk penjagaan kuli Youth sahaja setiap hari.



Bagi merasai Testimoni shaklee yang saya kongsikan diatas ini perlulah disertakan dengan gaya hidup yang sihat. Rajin & kerap bersenam sekurang - kurangnya 30 minit setiap sesi. Pemakanan pun dijaga. Kurangkan pengambilan gula secara berlebihan. Konsisten mengambil supplement shaklee seperti saya setiap hari. Itu sahaja. Mudah. Semua orang pasti boleh nikmati testimoni shaklee ini.

Promosi Jun 2023.

Bertuah sangat rasanya dengan promosi bulan Jun 2023 ini. Bertuah terutamanya untuk para ibu yang sedang berpantang selepas bersalin. Inilah pakej baru Vivix & Res-V. 

Bulan Jun 2023 ini juga Shaklee buat pertama kalinya menawarkan easy plan, bayaran secara ansuran selama 6 bulan. Jika anda pengguna kredit kad Maybank, inilah peluang untuk anda nikmati kelebihan & manfaat dari polifenol sepanjang hari.

Serendah RM130.95 anda sudah boleh miliki pakej istimewa berwarna merah menyala ini. Ada 5% diskaun juga untuk anda sepanjang bulan Jun 2023.

Semoga penulisan testimoni Shaklee ini akan terpilih untuk mendapat hadiah tajaan dari penaja utama iaitu anakkuwira.com. InsyaAllah.

Hubungi Aisyah K untuk merasai testimoni shaklee hasil dari mengamalkan set penyusuan & berpantang shaklee serta cara pengambilan yang berkesan terutamanya bagi ibu yang bekerja dan perlu sediakan EBM yang mencukupi untuk anakanda tersayang.

#nextlevelblogging
#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023

_ _ _ _

Aisyah Kamaruzaman
No. Tel/Wasap : +6013 -249 9392
Follow & Like FB : Aisyah Kamaruzaman
Hubungi saya untuk mengetahui tentang hamil, berpantang & menyusu dengan sihat & gembira dan juga peluang bisnes Shaklee hanya dari rumah dan 100% secara online.

Comments

Popular posts from this blog

Vitamin Kulit Cantik Harga Rahmah Untuk Ibu Hamil.

Assalamualaikum & Salam sejahtera kepada pembaca blog Aisyah K. Pejam celik sudah 15 Ramadan. Sekejap lagi sahaja akan tiba syawal pula. Bagaimana ibu hamil berpuasa? Ada alami masalah kulit kering tak? Mari baca perkongsian saya seterusnya. Sebelum itu apa yang anda faham tentang kulit cantik? Adakah dengan makan vitamin kulit cantik terus boleh dapat kulit yang cantik dan sihat? Kulit cantik adalah kulit yang sihat dan berseri. Ianya mencerminkan kesihatan anda yang baik.  Tidak sukar sebenarnya untuk anda memiliki kulit cantik idaman anda. Apa yang penting adalah anda perlu ada pengetahuan umum penjagaan kulit dan amalkan dengan kerap dalam rutin harian anda.  Saya mahu fokuskan entri vitamin kulit cantik ini khusus bagi kaum wanita yang sedang hamil. Ibu - ibu hamil pasti ada pengalaman menghadapi masalah kulit muka sepanjang 9 bulan kehamilan. Kulit kering ibu hamil Masalah Kulit Kering & Kusam Ibu Hamil. Bagaimana vitamin kulit cantik ini dapat membantu men...

Set Kurus Shaklee - Boleh Kurus Selepas Bersalin.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera kepada pengunjung blog Aisyah K.  Enti kali ini aisyah nak berkongsi tentang set kurus shaklee & bagaimana ianya membantu momies untuk kembali mendapatkan berat badan yang ideal terutamanya selepas bersalin. Biasanya ibu - ibu selepas bersalin pastinya mahu dapatkan berat badan seperti sebelum mengandung kan..? Atau apa nutrisi yang diperlukan secukupnya bagi ibu yang sedang menyusukan anak, nak sangat elak rasa craving atau terlalu lapar selain buat intermittent fasting . Ok, saya perkenalkan produk dalam set kurus shaklee secara terperinci yang boleh membantu & telah membantu ramai pengguna produk ini mencapai berat badan ideal. Set Kurus Shaklee ini didatangkan dalam set yang diberi nama "HELLO NEW YOU SET". Di akhir entri ni nanti saya akan kongiskan testimoni sebagai motivasi kita bersama. Set Kurus Shaklee terdiri daripada CINCH Chocolate, Omega Guard, Lecithin & Herblax. Satu lagi adalah Vivix, yang ini saya cadangakan ...

Set Puasa Shaklee Untuk Ibu Hamil

Assalamualaikum & Salam Sejahtera kepada pengunjung & pembaca setia blog Aisyah K. Lebih kurang 30 hari +- kita akan menyambut bulan Ramadan. Terasa pantas betul masa berlalu. Rasa baru jpuasa masa mengandung & menyusukan Khadeeja 2 tahun lepas.  Dalam entri blog Aisyah K kali ini, saya nak berkongsi tentang masalah yang sering dialami oleh ibu hamil yang berpuasa di bulan Ramadan.  Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian. Usah risau, ibu yang sedang hamil boleh berpuasa dengan tenang & kekal bertenaga untuk melakukan ibadah di sepanjang di bulan Ramadan.  BERPUASA KETIKA HAMIL Sebelum itu, perlu diingatkan ibu hamil telah diberikan kelonggaran dalam agama untuk tidak berpuasa jika khuatir boleh menjejaskan tahap kesihatan diri & anak di dalam kandungan.  Jika ibu hamil yang telah mendapatkan nasihat & pandangan daripada doktor yang membenarkan untuk berpuasa, boleh la teruskan dengan yakin. Tapi pasti di sepanjang berpuasa tu nanti, akan ...