Pejam celik pejam celik sudah hampir 7 tahun saya bersama ahli keluarga memilih vitamin Shaklee di dalam diet harian kami termasuklah si kecil Maryam & Khadeeja.
Alhamdulillah Allah swt pertemukan dan menggerakkan hati saya untuk memilih vitamin Shaklee sejak dari bujang sehinggalah kini sedang mengandung lagi 😊.
Asbab juga dari teguran mak semasa saya bujang dan kesedaran tentang kepentingan supplemen semakin meningkat dan ternyata mendapat manfaatnya sehingga ke hari ini. Manfaat utama dengan memilih vitamin Shaklee ini sudah pasti adalah tahap kesihatan seisi keluarga semakin baik.
Allah swt juga mempertemukan saya dengan kumpulan perniagaan shaklee yang tepat. Bimbingan dan panduan pun sentiasa dikongsikan berkaitan dengan vitamin Shaklee bersesuaian dengan diet seharian.
Saya mula berlegar - legar di laman sesawang Shaklee mencari info apa yang menariknya tentang vitamin Shaklee ini. Sangat menakjubkan rasanya bila selesai baca. Shaklee berani mengatakan vitamin ini selamat, berkesan dan terbukti.
Pengalaman - pengalaman yang saya lalui selama 7 tahun bersama vitamin Shaklee inilah yang membuatkan saya masih setia memilih dan mengambilnya pada setiap hari.
#1. Pengalaman ketika bujang apabila ditegur oleh mak .
Mak saya melihat sendiri perubahan pada diri saya dari segi fizikal terutamanya. Rutin balik kerja lewat, penat sampai tertidur sehingga ke waktu subuh. Badan memang rasa sangat lesu, berat badan memang tak terjaga dengan baik.
Apa yang mak saya tegur? Mak cakap saya nie nampak terlalu letih tapi muda lagi umurnya. Takkan nak dibiarkan tanpa buat apa - apa tindakan. Maka bermulalah saya mencari - cari vitamin Shaklee untuk buang toksin dalam badan, hendak lebih bertenaga dan sihat.
Buat bacaan sedikit tentang vitamin Shaklee yang sesuai disamping bertanya dengan kawan yang sudah ada pengalaman menggunakan produk Shaklee. Maka tahun pertama iaitu pada 2016 saya mulakan perjalanan diet harian saya dengan vitamin Shaklee iaitu Alfafa Complex, Lecithin, Ostenutrix dan Omega Guard.
Alhamdulillah 6 bulan konsisten ambil vitamin Shaklee seperti diatas, saya sudah merasai perubahan positif. Badan semakin bertenaga. Balik kerja sudah tidak ada lagi insiden tertidur sampai ke pagi. Sempat masak makan malam untuk keluarga.
Bila sudah berkesan, saya mula tambah vitamin Shaklee yang lain. Gla Complex, B Complex dan Sustained Release Vita - C Plus.
Inilah sebab mengapa saya memlilih vitamin Shaklee. Trademark Shaklee "Berkesan" itu memang saya dapat rasai. Mengapa vitamin Shaklee berkesan? Ianya bebas daripada bahan tiruan dan bahan kimia yang berbahaya. Yang pastinya cara pengambilan yang betul juga memberik keberkesanan yang paling optimum.
#2. Pengalaman ikhtiar mengandung.
Saya berkahwin pada umur yang boleh dikira agak lewat 30-an. Umur 36 tahun bertemu jodoh. Beza umur saya dan suami 13 tahun. Impian setiap pasangan mesti mahu dapatkan zuriat seawal usia 6 bulan perkahwinan.
Usaha dan ikhtiar untuk mengandung anak pertama, mak saya pesan juga makan la B Complex with folic acid tu sebelum kawin dan sambung ambil lepas dah kahwin. Alhamdulillah haid saya memang teratur pada setiap bulan walaupun selepas berkahwin. Berkat amalkan GLA Complex masa bujang rasanya. Alhamdulillah.
Diawal perkahwinan saya & suami belum lagi mencuba vitamin Shaklee bernama Vivix. Kami hanya amalkan vitamin Shaklee yang asas sahaja. Bukan itu sahaja, jaga juga pemakanan seharian dan kekal aktif. Alhamdulillah suami saya seorang yang aktif bersukan maka sangatlah rajin bersenam setiap hari. Ketika ini saya masih belum aktif bersenam, hanya berjalan di waktu pagi atau petang sahaja.
Selain amalam gaya hidup sihat, vitamin Shaklee yang saya & suami ambil vita - e, CoQ Troll Plus selain vitamin Shaklee yang asas. Ambil secara konsisten kerana yakin ianya selamat untuk jangka masa panjang.
Pernah mengalami keguguran sebanyak 2 kali, kemudian ikhtiar semula untuk hamil lagi. Selepas 6 bulan disahkan mengandung Khadeeja tahun 2020 dan kini tahun 2023 mengandung adik Khadeeja dan Maryam pula.
Semasa ikhtiar untuk hamil lagi, saya dan suami tambah vitamin Shaklee lain iaitu Vivix & ResV disamping yang asas bersama dengan GLA Complex, Vita - E Complex dan CoQ Trol Plus.
#3. Pengalaman Mengandung.
Mengandung anak pertama 6 bulan selepas nikah. Rezeki dari Allah. Alhamdulillah. Masa mengandung anak pertama saya agak tidak menjaga makan dek kerana mengidam macam - macam.
Walaupun bacaan tekanan darah dan HB saya adalah normal sepanjang 9 bulan 10 hari, saya terkantoi dengan bacaan gula dalam darah (terlebih sedikit sahaja dari bacaan normal ibu mengandung), maka doktor sahkan saya ada GDM. Maka bermulalah kawal makan. Suami pun ikut sama - sama kawal makan sebagai motivasi untuk si isteri.
Saya perasan semasa mengandung Maryam, cara saya mengambil set hamil shaklee tidak berapa efektif. Sepatutnya zat dari vitamin Shaklee itu boleh membantu kawal selera makan saya cuma perlu diperbetulkan cara pengambilan.
Mengambil iktibar semasa mengandung Maryam, alhamdulillah sepanjang mengandung Khadeeja pada tahun 2020 di musim PKP, bacaan gula dalam darah (minum air gula sampai 2 kali) adalah normal sampai doktor pun terkejut tak percaya sebab saya ade sejarah GDM masa mengandung Maryam. Tekanan darah pun normal dan juga HB pun normal.
Vitamin Shaklee yang saya ambil sepanjang mengandung adalah:
- ESP
- Vita - Lize
- Ostenutrix
- B Complex
Mengapa saya memilih Prenatal Mama Wellness Set shaklee? Kerana ianya selamat dan kualiti serta kemujaraban terjamin. Shaklee berani mengatakan vitamin Shaklee ini selamat kerana:
- Shaklee mengendalikan lebih 100,000 ujian kawalan kualiti setiap tahun untuk memastikan kualiti dan potensi produk.
- Organik - 300+ dan 3x lebih ujian terhadap racun perosak dari yang diperlukan oleh Pharmacopeia Amerika Syarikat.
- Mematuhi standard keselamatan tertinggi.
Mengandung kali ini juga saya masih memiliih set vitamin Shaklee ini. Masih awal lagi di trismester pertama. Pengalaman mengandung kali ini merasa "morning sickness" alahan muntah & loya. Fuh..azab sungguh tapi itulah momen yang indah bagi seorang ibu yang sedang mengandung. Alhamdulillah alahan tu tidak lama. Hanya pening - pening biasa sahaja.
Mengadu la kat my upline Master Puteri Yusof pasal alahan tu. Katanya kalau ada performance drink memang bagus minum untuk kurangkan rasa loya - loya tu. Sayang seribu kali sayang ia masih belum ada lagi stok baru. Mengadu jugak pada Master Azlin Atan. Kalau ada Hero Kiddo boleh la kunyah - kunyah juga sebab rasa masam - masam, boleh juga kurangkan rasa loya tu, pun masih belum masuk stok baru. Maka bertabahlah 2 hari melayan morning sickness.
Saya cuba makan sedikit - sedikit seperti biasa tapi dengan lebih kerap. Minum ESP suam pun sikit - sikit kat tenang perut tu selepas acara muntah disamping nak bagi semula badan lebih bertenaga. Vita - Lize, B Complex & Ostenutrix juga membantu selama 2 hari morning sickness.
Sebab inilah mengapa mengandung kali ini saya masih memilih set vitamin Shaklee ini. Berkesan dan badan rasa semakin sihat setiap hari walaupun di awal - awal trimester rasa mengantuk sangat. Malam seawal pukul 9.30 dah masuk tidur.
Saya melahirkan Maryam pada tahun 2018 dan Khadeeja pada tahun 2020 dengan kaedah pembedahan (czer). Semasa melahirkan Maryam, vitamin Shaklee iaitu ResV masih belum berada di pasaran. Saya masih memilih set bersalin vitamin Shaklee ini dan ditambah dengan Vivix, Lecithin dan vitamin Shaklee yang asas. Selepas 2jam melahirkan secara czer terus menyusukan Maryam dan Khadeeja walaupun masih rasa sakit lagi tu belum sepenuhnya hilang. Sebelum menyusukan anak, saya makan makanan yang disediakan di hospital dahulu dan ditambah dengan minum ESP dan ambil vitamin Shaklee seperti diatas ini. B Complex, Vita-Lize dan Vitamin C pun saya ambil seperti biasa.
Pengalaman berpantang dengan mengambil vivix dan resv sangatlah memuaskan hati. Proses pemulihan luka di bahagian luar dan dalam sangat baik kerana seawal hari ke -9 saya sudah berjalan dan berdiri tegak uruskan diri sendiri dan menyusukan anak dengan lebih selesa.
Pernah mengalami niple crack semasa menyusukan Khadeeja di hospital. Maka bermula la episod memerah susu menggunakan kaedah mermet (perahan tangan) dengan hanya sekali sahaja menonton video cara memerah.
Alhamduillah untuk pertama kali perahan dapat hasil 3oz susu untuk Khadeeja minum. Nurse di hospital KPJ pun terkejut sebab pekat dan banyak sungguh susu kolostrum di awal kelahiran masa tu.
Berpantang semasa melahirkan Maryam dibantu oleh mak saya. Segala makan minum mak saya sediakan termasuklah mandikan Maryam. Berlainan pula selepas melahirkan Khadeeja sewaktu PKP tahun 2020, merasalah berpantang sendiri di rumah dengan suami bersama Maryam yang ketika itu baru berusia 2 tahun 1 bulan.
Rutin setiap hari semasa berpantang selain mengamalkan vitamin Shaklee, saya berurut, bertungku juga. Khadeeja pun merasa bertungku. Sekarang Shaklee telah bekerjasama dengan Tanamera untuk produk Embun khas untuk Shaklee di dalam set hamil dan set bersalin Shaklee.
Ada Smooth Tummy Oil & Relaxing Magnesium Oil di dalam set hamil Shaklee. Di datangkan juga Feminine Herbal Wash & Warming Herbal Bath di dalam set bersalin Shaklee. Semakin nyaman, bertenaga dan sihat mommy shaklee dengan gabungan produk dari Tanamera ini.
Postnatal Mama Wellness Set by Shaklee x Tanamera (Embun) |
Testimoni Menceritakan Segalanya Mengapa Saya Memilih Vitamin Shaklee.
Saya kongsikan beberapa testimoni diri saya sendiri sepanjang hamil, berpantang & menyusukan anak selepas bersalin secara czer.
Shaklee juga telah menjalankan kajian landmark. Dapatan daripada kajian tersebut membuatkan saya masih setia memilih vitamin Shaklee sehingga ke hari ini. Kajian Landmark, diketuai oleh penyelidik pemakanan yang terkenal, Dr. Gladys Block bersama University of California, Berkeley, merupakan salah satu kajian terbesar pengguna jangka panjang pelbagai suplemen.
Kajian menunjukkan bahawa mereka yang mengambil makanan tambahan Shaklee mempunyai lebih banyak biomarker yang lebih sihat untuk jantung, otak, dan kesihatan kognitif berbanding dengan pengguna yang tidak mengambil suplemen atau pengambil suplemen bukan produk Shaklee.
- 32% lebih rendah tahap trigliserida - penanda biologi yang penting untuk kesihatan jantung.
- 13% lebih rendah tahap Homocystein - penunjuk kesihatan otak dan kognatif.
- 36% lebih rendah protein C - reaktif : penanda biologi utama untuk tekanan biologi jangka panjang.
- 32% lebih tinggi HDL, kolesterol"baik" yang dikaitkan dengan kadar penyakit jantung yang lebih rendah.
Dapatkan hari ini!
Hubungi Aisyah K bagi mendapat dan merasakan manfaat & kepentingan vitamin Shaklee ini untuk diri sendiri dan ahli keluarga serta kenalan anda. Saya bersedia membantu memberikan konsultasi cara pengambilan supplement yang betul, sesuai dan berkesan dengan tujuan kesihatan anda.
#nextlevelblogging
#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
_ _ _ _
Aisyah Kamaruzaman
Wasap : +6013 -249 9392
Daftar ahli shaklee hanya RM 35 sahaja
Follow & Like FB : Aisyah Kamaruzaman
Hubungi saya untuk mengetahui tentang hamil, berpantang & menyusu dengan sihat & gembira dan juga peluang bisnes Shaklee hanya dari rumah dan 100% secara online.
Tahniah Aisyah. Sronok baca your journey dengan vitamin Shaklee. Didoakan kehamilan ke3 ni dipermudahkan serta dilimpahkan dengan kebaikan sehingga baby menyusu 2 tahun. #hug
ReplyDelete