Skip to main content

Posts

Hari Raya Open House Keluarga & Rakan

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pengunjung setia blog Aisyah K. Panjang cuti raya kali ini. Bersambung pula dengan cuti hari pekerja & hari wesak. Aisyah tidak ambil cuti raya yang panjang tahun ini. Isnin - Rabu tempat kerja memang sudah bagi cuti. Maka hari Khamis terus masuk kerja. Boleh dikira berapa orang staf yang sudah mula bekerja.  Hari Raya Open House Bersama Dengan Keluarga Yang Paling Di Nantikan.  1 Syawal 1444H Aisyah berkesempatan solat sunat Aidilfitri di rumah mak abah di Seksyen 27 Shah Alam. Kali pertama sejak 5 tahun berkahwin. Berpagi - pagian ke rumah mak abah.  Hari raya pertama inilah open house Aisyah. Makan sama - sama dengan mak abah & adik beradik serta suami dan anak - anak. Cuma abang sulung beraya di Bentong, Pahang manakala kakak saya beraya di Johor (tak ingat nama kampung di sana ๐Ÿคญ). Menu utama sudah semestinya dari air tangan mak. Kuah lodeh. Ada banyak sayur dalam kuah lodeh. Itu yang sangat seronok makan menu kuah l...

Ulangtahun ke - 9 dUCk

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pengunjung setia blog Aisyah K. Selamat Hari Raya. Selamat berhujung minggu. Sabtu Yang Istinewa.  Pengalaman pertama sertai event bersama komuniti besar dUCk di Glasshouse Seputeh pada hari Sabtu 6/5/2023. Hari untuk mak - mak berseronok sekejap gitu ๐Ÿ˜.  Vivy Yusof bersama duckies semalam menyambut & meraikan ulang tahun yang ke - 9 dUCk. Cukup meriah. Meriah dari segi “free flow” makanan & minuman. Meriah dengan suasana di dalam glasshouse tu sendiri.  Dengan tema “ALL WHITE” dengan mengenakan square & shawl edisi 9th dUCk menambahkan lagi kemeriahan. Semua “duckies” sangat peramah walaupun baru sahaja kenal seminit yang lalu๐Ÿ˜ Secara peribadi ini event pertama saya sertai. Alhamdulillah dapat berjumpa dengan kawan - kawan baru di dalam komuniti yang baru. Acara paling utama adalah bergambar, makan, berborak & ambil gambar semula.  Bagaimana Aisyah K Sertai dUCk 9th Birthday? Me Selfie with Vivy Yusof...

7 Tips Raya Dengan Shaklee Lebih Sihat & Cergas.

Assalamualaikum dan Salam Aidilfitri kepada pengunjung setia blog Aisyah K. 29 Ramadan lalu mesti ramai yang menanti pengumuman tarikh 1 Syawal.  Sambil menunggu pengumuman sambil itu berfikir  pukul berapa yang sesuai nak masak rendang, kuah lodeh, sambal ikan bilis, bakar lemang & biskut raya. Alhamdulillah tahun 2023 kitam semua berpeluang berpuasa selama 30 hari.  Semoga Allah menerima amal soleh kita. Aameen ุชู‚ุจู„   ุงู„ู„ู‡   ู…ู†ุง   ูˆู…ู†ูƒู…   ุตุงู„ุญ   ุงู„ุฃุนู…ุงู„  ูƒู„   ุนุงู…   ูˆุฃู†ุชู…   ุจุฎูŠุฑ Kemeriahan Syawal Tahun Ini. Ada yang sudah mula berpuasa sunat di bulan Syawal? Belum? Saya pun belum mula lagi ๐Ÿ˜. Mood raya masih tengah meriah lagi. Aktiviti ziarah menziarahi pun masih berjalan tanpa henti.  Setahun sekali. Mesti meriah suasana bersama dengan sanak saudara yang sudah lama tidak bertemu.  Dari Kelana Jaya SS6/2 ke Seksyen 27 Shah Alam rumah mak abah Aisyah K. Kembali semula ke Kelana Jaya SS5/2 rumah mak mertua. Raya ...