Skip to main content

Usah Risau Mommies, Bekalan Susu Cukup Sepanjang Ramadan.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Bertemu kembali setelah berehat sehari (1) hari dari menulis di blog Aisyah K. 

Ok entri kali ini aisyah nak sambung dari entri sebelum ini (Tips Berpuasa & Menyusu Tenang), terutamanya untuk mommies yang berhasrat utk berpuasa dalam masa yang sama sedang menyusukan anak & bekerja. Mesti ada  mommies yang terfikir “cukup ke nak buat stok EBM?”, “macam mane jadual perahan susu mase berpuasa nanti?” dan pelbagai lagi kerisauan yang akan timbul.


Throwback tahun 2021. Lena sungguh tidur tu. 
 Menyusukan Khadeeja di bulan Ramadan. 

Usah risau mommies, bekalan susu badan cukup sepanjang bulan puasa nanti. Pengalaman saya menyusukan 2 orang anak saya di bulan ramadan pada tahun 2019 & 2021 sedikit sebanyak saya boleh kongsikan. Berjaya puasa penuh & susu badan masih tip top. 

Usah risau mommies, bekalan susu pasti cukup. Sentiasa berdoa, berusaha cari ilmu & bertawakkal selepas sudah berusaha. Bapa - bapa pun memainkan peranan yang sangat penting. Berilah 200% sokongan moral kepada isteri yang sedang menyusukan anak ini. 

Ok jom. Saya kongsikan sedikit panduan untuk momies untuk menjaga supply dan demand ketika menyusukan anak & menyimpan stok EBM bagi mommies yang bekerja. 

1. Jadual Perahan.

Throwback 2021 :
Hasil perahan stok EBM pada hari ke - 5 berpuasa . 

Apabila menjelang Ramadhan, normally mommies sangat khawatir akan keadaan di mana lesu dan mudah terjadinya kurang gula dalam darah. (pening/pitam)

Bagi mommies yang ada jumlah stok yang banyak, saya cadangkan untuk mengurang satu jadual perahan, demi menjaga fokus dan produktiviti semasa bekerja. Iye la kan, memerah susu akan membakar 300-500cal/sehari (hanya untuk ekslusif breastfeeding sahaja)


Maka apa yang mommies boleh lakukan adalah :


Perah sesi 1 :

sebaik setelah sahur sambil menunggu solat subuh. Ini Aisyah biasa buat dan amalkan semasa menyusukan Khadeeja tahun 2021. Khadeeja pun bangun sama utk bersahur 😁.  Saya bagi direct feeding dulu & Khadeeja lena semula tidur. So saya sambung perah susu. 


Throwback tahun 2021 : Khadeeja bangun sama - sama asahur. Saya direct feeding aje Khadeeja. 

Perah sesi 2 :

Pada jam 10-11 hari. Di pejabat saya buat seawal jam ini. Masih lagi bertenaga tiada rasa lemah atau lesu. Perah susu dengan tenang & yakin tau mommies. 


Throwback 2021 : Hasil perahan. stok EBM di waktu tengahari di pejabat 


Perah sesi 3:

Pada jam 3 petang. Biasanya bulan puasa Aisyah balik awal pada pukul 3.30 petang. So sebelum balik buat satu lagi perahan. Tak ambil masa yang lama. 

.

Direct feeding setelah pulang kerja (balik kerja awalkan). Aisyah beranggapan bulan puasa nie semua mommies yang bekerja akan dapat pulang ke rumah lebih awal dari hari biasa. Pengalaman saya memang Khadeeja akan berlari mencari saya nak menyusu. Saya layankan dulu demand anak. Dia dah kenyang, saya pun dapat rehatkan diri.


Dah sampai rumah jangan lupa simpan stok EBM ke dalam freezer atau deep freezer yer 😊

.

Sekiranya mommies memerah hari ini untuk besok, atau ada stok 2 hingga 3 hari, maka teruskan memerah seperti biasa. sekiranya tidak mampu maka terimalah hadiah dari Allah.

.

Sekiranya mimmies yang memerah hari ini untuk besok atau memiliki stok sehari atau 2 hari mengurangkan sesi perahan seperti di atas, apa yang di khawatirkan adalah produksi semakin menurun sehingga tidak cukup lagi hari ini untuk esok. Tapi sekiranya mommies mampu why not to try.


Salah satu cara lagi yang mommies boleh aplikasikan adalah puasa selang sehari sekiranya benar-benar tidak mampu. Selang sehari adalah lebih baik bagi mereka yang ada masalah gastrik, mudah pening dan hilang fokus, kerana badan ibu boleh sempat untuk rehat seketika.


2. Power Pumping.


Power pumping adalah salah satu cara meningkatkan produksi susu bagi mommies yang menjadi eklusif pumping mother. 


Ia bertindak memimik cluster feeding pada saat growth spurt atau aselerasi pertumbuhan sikecil, kerana EP MOM tidak merasakan cluster feeding semula jadi dari demand anak.Jadi power pumpinglah yang akan menggantikan nya.


Tapi bagaimana untuk mommies lakukan....


Tak perlu buat setiap malam....puasa-puasa ni nak beribadah, bukan nak berqiam dengan pam. tu dah salah konsep tu.


Mommies hanya perlu membuat power pumping ini sekali dalam seminggu, atau dua kali sekiranya dropnya terlalu banyak.


Pilih hari yang keesokkanya adalah cuti (sabtu/ahad) agar ibu boleh sedikit rehat dan santai.


Lakukan sebelum tidur dan bukan bangun di tengah malam dan berpower pumping.


Ini semua untuk mengelakkan kepenatan dan stress yang berlebihan.


Lakukan power pumping setiap minggu untuk menjaga produksi susu. 


Boleh je buat sambil-sambil tengok tv kelakar-kelakar.


Rutinnya begini..


POWER PUMPING DOUBLE PUMP

10 minit pump

10 minit rehat

10 minit pump

10 minit rehat

10 minit pump

10 minit rehat

Total = 60 minit


POWER PUMPING SINGLE PUMP

10 minit kiri

10 minit kanan

10 minit kiri

10 minit kanan

10 minin kiri

10 minit kanan

Total = 60 minit


Bagi anak di atas 6 bulan, jangan lupa terapkan pemakanan yang betul agar anak tidak kerap meminta susu. Semakin besar usia mereka, semakin kurang kebergantungan dan jumlah susu yang mereka perlukan.


Semoga perkongsian ini membantu mommies.


----

Aisyah Kamaruzaman
No. Tel : +6013 -249 9392
Follow & Like FB : Aisyah Kamaruzaman
Hubungi saya untuk mengetahui tentang hamil, berpantang & menyusu dengan sihat & gembira dan juga peluang bisnes Shaklee hanya dari rumah dan 100% secara online.

----
PENAFIAN :

Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf.



Comments

Popular posts from this blog

Ujian, Cabaran & Nikmat Tahun 2023

Refleksi tahun 2023 untuk keluarga kecil kami.  Pertamanya ucap syukur ke hadrat Ilahi dengan pelbagai ujian dan cabaran serta nikmat yang menjadikan kami lebih dekat dengan Allah SWT.  Setiap kali ujian yang berlaku pasti akan ada nikmat selepasnya. There will a rainbow after the rain gitu😁.  Cabaran, ujian & nikmat sepanjang tahun 2023; 1. Maryam & Khadeeja terkena virus influenza A seawal bulan Jan 2023. 2. So kami sekeluarga kuarantin sendiri di rumah selepas berjumpa dengan doktor pakar kanak - kanak. Sorang sekotak ubatan yang doktor bekalkan untuk Maryam & Khadeeja.  3. Cabaran kami utk pastikan ubat diberikan tepat pada masanya. Tau2 je la kan mcm mane gelagat anak2 bila kena makan ubat. Berlari satu rumah kejar mengeja sehingga dapat tangkap sambil pegang tangan dan kaki😅. 4. Jan 2023, saya disahkan pregnant. Kandungan baru berusia 5 minggu mase tu. Rasa letih yg double sebab menjaga Maryam & Khadeeja. Selepas 3 minggu berlalu saya pula yan...

Panduan Intermittent Fasting Untuk Ibu Menyusu

Selamat datang ke blog entri Aisyah K. Entri kali ini saya nak berkongsi tentang panduan intermittent fasting khusus buat ibu menyusu.  Secara ringkas ianya dikenali dengan nama IF. Ianya adalah sejenis gaya hidup sihat yang menyusun pemakanan mengikut jadual yang digilirkan antara waktu makan dan waktu untuk kita berpuasa. Ada beberapa kaedah dalam IF yang boleh mommy semua cuba amalkan & ianya bergantung kepada kemampuan serta keselesaan mommies untuk melakukannya.  Khusus untuk yang sedang menyusukan anak, Aisyah K cadangkan guna kaedah time - restricted fasting dan saya pertama kali buat IF tahun 2021 ketika Khadeeja (anak ke -2)  berusia 4 bulan dan masih lagi fully breastfeed Khadeeja.  Selalu jer rasa craving/lapar tak tentu hala selepas direct feeding anak or pumping stock EBM. Pernahkan ibu - ibu rasa begitu. Jom saya bantu dengan enam (6) panduan ringkas & praktikal berdasarkan pengalamam saya sendiri ; (1) Cuba dulu buat IF untuk tempoh 7 hari semi...

Harga Supplement Shaklee

Berikut adalah senarai harga pasaran produk Shaklee mulai 1 Julai 2022.  Alfalfa Complex (L) (700 tablets) RM115.00 Alfalfa Complex (S) (330 tablets) RM63.75  B-Complex Plus with Folic Acid (120 tablets) RM68.75  CarotoMax® (30 capsules) RM81.25  Collagen Plus Powder (15 sachets x 5g) RM298.00 CoQ-Trol Plus (30 capsules) RM156.25  DTX® Complex (90 caplets) RM163.75  Elderberry Tea Mix (28 sticks) RM131.25  ESP Mixed Soy Protein Isolate Powder with Vanilla Flavour (850g) RM173.75  Garlic Complex (60 tablets) RM58.75  GLA Complex (60 softgels) RM92.50  Herb-Lax™ (120 tablets) RM63.75 Lecithin (180 softgels) RM66.25 Life Shake Mixed Soy Protein with Elderberry (589g) RM206.25  Life Shake Mixed Soy Protein with Matcha (571.2g) RM206.25 Meal Shakes - French Vanilla (544g) RM126.25 NutriFeron® Granules (1.2g x 30 sachets) RM198.75 OmegaGuard™ (90 capsules) RM142.50 OsteNutrix (120 caplets) RM68.75 Pain Relief Caplet (90 caplets) RM125.00 ...