Skip to main content

Blog Mega Shaklee 1.0 Best Ke? Sebab Nak Sertai Lagi Projek Mega Shaklee 2.0

Assalamualaikum & Salam Sejahtera kepada semua pembaca dan pengunjung setia blog Aisyah K. Bertemu kembali pada entri terbaru hari ini. 

Projek Blog Mega Shaklee 1.0

Blog mega shaklee 1.0 best ke best? Pertamanya saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Master Norita & Master Salwa Zeyn diatas penganjuran projek blog mega shaklee 1.0 ini. 

Sebelum mula sertai projek blog mega shaklee 1.0, kali terakhir saya menulis di blog ini adalah pada tahun 2020 semasa bulan puasa di waktu PKP. 

Blog mega shaklee 1.0 telah memberikan nafas baru kepada blog entri Aisyah K terutamanya dan keseluruhannya untuk blog peserta di dalam projek blog mega shaklee ini.

Projek blog mega shaklee 1.0 yang bermula pada bulan 3 Feb 2023 telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan, lebih kurang 220 penyertaan. Hadiah yang ditawarkan pun sangat eksklusif iaitu Vivix, Collagen Powder & Nutriferon. 

Projek Blog Mega Shaklee 1.0

6 Sebab Utama Projek Blog Mega Shaklee 1.0 Ini Best.

1. Belajar Ilmu SEO.

Pada mulanya menyertai projek blog mega shaklee 1.0 ini adalah nak belajar bagaimana nak memiliki SEO blog yang kukuh dan ia akan menjadi kedai saya di alam maya.

2. Belajar Wujudkan Wave Yang Besar. 

Peserta blog mega shaklee 1.0 telah diberikan 2 tajuk entri yang bertajuk intermittent fasting & set kurus shaklee. Yang bestnya projek blog mega shaklee1.0 ini saya dan peserta lain diajar bagaimana nak wujudkan satu (1) wave yang besar dan kukuh. Kami diajar juga bagaimana nak masukkan link sparring partner di blog entri masing - masing. 

3. Baru Kenal Tapi Senang Nak Wujudkan Kumpulan Sparring Partner. 

Pada mulanya saya kurang faham berkenaan dengan sparring partner, kena rujuk nama yang atas saya atau bawah saya. Bestnye lagi projek blog mega shaklee 1.0 ini, kami boleh buat sendiri kumpulan wasap sesama sparring partner walaupun baru je kenal.

4. Moderator Projek Yang Sangat Best.

Alhamdulillah dalam projek blog mega shaklee 1.0 ini saya & peserta lain dipermudahkan jalan melalui moderator projek kami Master Salwa Zeyn untuk dapatkan contact sparring partner yang telah ditetapkan oleh beliau. Sentiasa melayan pelbagai soalan - soalan saya dan peserta lain. 

5. Sesi Penerangan Tugasan Yang Sangat Jelas.

Sesi penerangan bagi setiap tugasan dalam projek blog mega shaklee 1.0 pun sentiasa diberikan. Itu yang paling best. Penerangan yang sangat jelas & mudah untuk di fahami. 

6. Kumpulan Blog Mega Shaklee Yang Sangat Supportive.

Menerusi tugasan yang diberikan di dalam projek blog mega shaklee 1.0 ini juga banyak mengajar saya untuk sentiasa saling bantu membantu sesama sparring partner, belajar bersabar menunggu entri blog sparring partner tu siap. Ahli kumpulan blog mega shaklee 1.0 pun sentiasa berkongsi banyak idea untuk tugasan penulisan entri blog intermittent fasting & set kurus shaklee.

Cabaran tetap ada di dalam menyelesaikan tugasan bagi projek blog mega shaklee 1.0. Saya secara peribadi semasa nak siapkan penuliasan entri pertama iaitu intermittent fasting, anak - anak tidak sihat. Menjaga anak sambil tu curi - curi masa siapkan penulisan sedikit demi sedikit. Priority masa tu mestilah jaga anak, berikan ubat & makan dan rehat secukupnya. Alhamdulillah suami pun sangat membantu.

Maka setelah siap & hantar (2) entri blog yang dikehendaki tu mulalah debaran nak tahu keputusan. Pada mulanya masa sertai projek blog mega shaklee 1.0 ini tidaklah menaruh harapan yang tinggi untuk menang hadiah tapi adalah jugak sedikit impian nak menang 😁.

Debaran menanti senarai pemenang. Debaran juga menantikan komen bernas dari moderator projek blog mega shaklee 1.0 

Saya kongsikan sedikit moment kumpulan blog mega shaklee 1.0 yang telah menerima hadiah vivix & collagen shaklee. 

Peserta Projek Blog Mega Shaklee 1.0
bersama hadiah Vivix & Collagen

Aisyah K menerima hadiah Collagen dalam projek mega shaklee 1.0

Semalam sudah ada penerangan projek blog mega shaklee 2.0. melalui platform Zoom. Tugasan pertama pun sudah diberi as a preliminary untuk sertai projek blog mega shaklee 2.0.

5 sebab utama kenapa saya memilih untuk terus sertai projek ini? 

Projek Blog Mega Shaklee 2.0

1. Saya nak terus belajar cara nak kukuhkan lagi SEO blog bagi setiap entri yang dibuat. 

2. Saya nak bersama - sama dengan kumpulan/circle positif shaklee yang besar untuk bersama mencipta gelombang besar bisnes shaklee. 

3. Saya nak memahirkan diri sendiri dari segi gaya penulisan di setiap entri di blog supaya penyampaian lebih santai & menarik.

4. Saya mahu belajar dengan lebih mendalam bagaimana penulisan di blog boleh menjana jualan untuk bisnes shaklee. 

5. Saya mahu terus konsisten membuat penulisan entri blog ini sehingga mencapai kumpulan pembaca yang disasarkan. 

Sangat teruja menantikan ilmu baru dari projek blog mega shaklee 2.0 ini. Semalam pun ada diumumkan hadiah yang bakal kami terima. Set produk shaklee. Best memang best. Ilmu blog yang mahal jika belajar di luar. Tapi dalam projek blog mega shaklee 1.0 & 2.0 ini saya dan peserta lain hanya perlu berikan komitmen yang tinggi bagi mendapatkan impak yang besar di masa akan datang. 

Semoga terus sukses.

#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#blogmegashaklee

----

Aisyah Kamaruzaman
No. Tel : +6013 -249 9392
Follow & Like FB : Aisyah Kamaruzaman
Hubungi saya untuk mengetahui tentang hamil, berpantang & menyusu dengan sihat & gembira dan juga peluang bisnes Shaklee hanya dari rumah dan 100% secara online.

----
PENAFIAN :
Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf.


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Harga Supplement Shaklee

Berikut adalah senarai harga pasaran produk Shaklee mulai 1 Julai 2022.  Alfalfa Complex (L) (700 tablets) RM115.00 Alfalfa Complex (S) (330 tablets) RM63.75  B-Complex Plus with Folic Acid (120 tablets) RM68.75  CarotoMax® (30 capsules) RM81.25  Collagen Plus Powder (15 sachets x 5g) RM298.00 CoQ-Trol Plus (30 capsules) RM156.25  DTX® Complex (90 caplets) RM163.75  Elderberry Tea Mix (28 sticks) RM131.25  ESP Mixed Soy Protein Isolate Powder with Vanilla Flavour (850g) RM173.75  Garlic Complex (60 tablets) RM58.75  GLA Complex (60 softgels) RM92.50  Herb-Lax™ (120 tablets) RM63.75 Lecithin (180 softgels) RM66.25 Life Shake Mixed Soy Protein with Elderberry (589g) RM206.25  Life Shake Mixed Soy Protein with Matcha (571.2g) RM206.25 Meal Shakes - French Vanilla (544g) RM126.25 NutriFeron® Granules (1.2g x 30 sachets) RM198.75 OmegaGuard™ (90 capsules) RM142.50 OsteNutrix (120 caplets) RM68.75 Pain Relief Caplet (90 caplets) RM125.00 ...

Ujian, Cabaran & Nikmat Tahun 2023

Refleksi tahun 2023 untuk keluarga kecil kami.  Pertamanya ucap syukur ke hadrat Ilahi dengan pelbagai ujian dan cabaran serta nikmat yang menjadikan kami lebih dekat dengan Allah SWT.  Setiap kali ujian yang berlaku pasti akan ada nikmat selepasnya. There will a rainbow after the rain gitu😁.  Cabaran, ujian & nikmat sepanjang tahun 2023; 1. Maryam & Khadeeja terkena virus influenza A seawal bulan Jan 2023. 2. So kami sekeluarga kuarantin sendiri di rumah selepas berjumpa dengan doktor pakar kanak - kanak. Sorang sekotak ubatan yang doktor bekalkan untuk Maryam & Khadeeja.  3. Cabaran kami utk pastikan ubat diberikan tepat pada masanya. Tau2 je la kan mcm mane gelagat anak2 bila kena makan ubat. Berlari satu rumah kejar mengeja sehingga dapat tangkap sambil pegang tangan dan kaki😅. 4. Jan 2023, saya disahkan pregnant. Kandungan baru berusia 5 minggu mase tu. Rasa letih yg double sebab menjaga Maryam & Khadeeja. Selepas 3 minggu berlalu saya pula yan...

Rahsia Dapat Cash Rebate Setiap Bulan : Dapat Makan Supplement PERCUMA

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pengunjung setia & baru blog Aisyah K.  Puasa pun sudah, raya pun sudah. Mari kita bekerja lebih gigih dan efektif. Peluang pekerjaan diluar sana sangat banyak sejak tahun 2022 sehingga kini. Berniaga mahupun bekerja dengan gaji tetap pada setiap bulan masing - masing mempunyai cabaran turun & naiknya. Cash Rebate Pertama Pada Tahun 2015. Aisyah sendiri masih bekerja tetap di sebuah syarikat swasta dari tahun 2009 sehingga kini. Pada masa yang sama saya membuat bisnes shaklee secara diatas talian sahaja. Bermula aktif dalam bisnes shaklee ini dari tahun 2017 sehingga kini. Tahun 2015 saya hanya sebagai pengguna produk supplement shaklee terbaik di Malaysia. Setiap bulan konsisten amalkan produk supplement asas shaklee. Tidak menyangka pula sambil makan supplement shaklee setiap bulan secara konsisten, dapat pula cash rebate. Tidak pernah terfikir pun boleh dapat bonus tunai pada setiap bulan. Ketika tahun 2016 hanya memikirkan mahu...