Skip to main content

Posts

Terbaru! Set Mengandung Shaklee Untuk Wanita Mengandung.

Selamat Datang Bakal Ibu! Langkah pertama ke arah kehamilan yang sihat ialah memilih nutrisi untuk anda dan bayi anda. Inilah perkara pertama yang perlu diambilkira bagi semua wanita mengandung .   Kehamilan merupakan antara fasa kehidupan wanita dimana ia memerlukan nutrisi yang sangat tinggi. Nutrisi yang lengkap untuk wanita mengandung dan bayi boleh didapati melalui pemakanan yang sihat dan juga supplemen mengandung shaklee.  Mengapa perlu set mengandung shaklee? Set mengandung shaklee membantu mengisi jurang nutrisi yang mungkin berlaku pada si ibu supaya dapat membina asas kesihatan yang kukuh untuk bayi yang sihat.  Pengalaman ketika mengandung Maryam dan Khadeeja dengan set mengandung shaklee ini sangat membantu dari segi kesihatan dan tumbesaran anak - anak sepanjang berada di dalam rahim sehinggalah melahirkan dan menyusukan mereka selama 2 tahun lebih. Kelainan set mengandung shaklee kali ini adalah di datangkan bersama dengan produk dari Tanamera ia...

5 Keperluan Asas Wanita Mengandung Dengan Sihat.

" Abang, mama pregnant! MasyaAllah seronoknyaaaaa". Ketika moment tu rasa macam nak lompat ke bintang kan. Esok terus rasa tak larat. Hahaha. Umumnya ramai yang bersetuju bahawa pada trimester pertama adalah tempoh masa yang paling sukar untuk wanita mengandung hadapi. Rasa ketidakselesaan yang kita sendiri tak tahu nak ungkapkan dengan kata - kata yang tepat. Perubahan fizikal tidak terlalu ketara lagi masa trimester pertama. Tapi dia punya rasa letih memang tidak boleh nak bawa bincang langsung. Lebih berat lagi apabila ditambah dengan perasaan dan emosi bercampur baur. Seronok, stress, risau, takut semua ada. Belum lagi dengan rasa mual, nak termuntah, lidah rasa semua tak sedap.  Sangat overwhelming. Disini saya ingin kongsikan 5 keperluan wanita mengandung .  #1. Sokongan moral & emosi dari ahli keluarga . Apabila seseorang wanita disahkan mengandung, segala jenis hormon akan berubah. Emosi boleh jadi kejap ok kejap tak ok kejap lagi rasa nak menangis. Pelbagai rasa ...

3 Doa Yang Bagus Untuk Wanita dan Seisi Keluarga.

Al - Khabir, Allah SWT lebih teliti dan terperinci tahap pengetahuan - Nya. Yang cuba disembunyikan pun Dia tahu. Yang dah lepas dan akan datang pun Dia tahu semuanya. Masya-Allah! Tuhan yang hebat. Saya teringat ustaz cakap, dunia ini Allah yang punya. Kita nak lari ke mana?  Mengetahui nama dan sifat Allah al - Khabir boleh membuatkan diri saya dan mereka yang diuji rasa terpujuk. Takpe, Allah tahu semuanya Di sinilah hati boleh memaknai kata - kata cukuplah Allah bagiku. The moment kita yakin Allah tahu semuanya, di situlah bermulanya sebuah penyembuhan jiwa. #1. Doa saat kita diuji . Saya selalu berpegang jika Allah menguji seseorang hambaNya, itu tandanya Allah ingat pada kita dan sayang pada kita.  Saya dan keluarga diuji oleh Allah. Suami saya hampir 5 bulan belum menerima bayaran gaji bulanannya. Sungguh memang terasa berat ujian ini untuk kami sekeluarga. Sepanjang 5 bulan itu, semua perbelanjaan bergantung dengan gaji bulanan saya sahaja.  Di sini Allah sangat m...

Vitamin Untuk Wanita Sepanjang Hayat.

Sumbangan wanita kepada insan - insan di dalam kehidupan mereka tidak terhitung banyaknya, tetapi untuk berbuat demikian, mereka perlu menjaga diri sendiri terlebih dahulu. Sayangi diri anda dan wanita di sekeliling anda dengan memberi tumpuan kepada pemakanan dan penjagaan kesihatan diri yang betul. (A) Vitamin untuk wanita : Dewasa Kesan semulajadi akibat perubahan hormon yang berlaku sepanjang bulan dan kehidupan yang sibuk menyukarkan wanita untuk mengekalkan berat badan normal, tahap tenaga yang mencukupi dan kulit yang sihat berseri. Kaedah pemakanan yang betul menjadi kunci utama untuk wanita kekal cergas dan yakin dalam menghadapi cabaran setiap hari. Apabila wanita itu yakin dirinya yang terbaik, maka penampilan dan tindakannya juga tampik dengan terbaik! (B)  Vitamin Untuk Wanita : Sebelum Hamil & Kehamilan . Penjagaan kesihatan wanita adalah sangat penting, lebih - lebih lagi ketika dalam usaha untuk mendapatkan cahaya mata. Kesihatan sebelum kehamilan bukan sahaja m...

Cepat Hamil Wajib Ada Vitamin E Dalam Diet Harian Suami Isteri.

Topik ikhtiar hamil sehingga berjaya sangat rapat dengan diri saya dan suami.  Sebab? Saya sendiri sedang berusaha untuk hamil anak ke -3 selepas keguguran 5 bulan yang lalu. Saya dan suami bersama - sama sedang berusaha. Usaha dari pelbagai segi. Paling penting gaya hidup yang sihat. Gaya hidup sihat yang kami sama - sama sedang buat dan menjadi amalan harian adalah; Intermittent fasting Detoks sebulan 2 kali Bersenam 2 kali seminggu Ambil supplement Shaklee Tidur yang berkualiti dan mencukupi. Paling utama dalam bab ikhtiar untuk cepat hamil, saya dan suami ada berjumpa dengan doktor  Gynaecologist and Obstetrician yang sudah kami kenali sejak mengandung Maryam tahun 2018 bagi mendapatkan khidmat nasihat untuk cepat hamil. Fokus saya untuk entri ini adalah m engapa saya katakan wajib ambil vitamin E di dalam diet harian pasangan suami isteri? Vitamin E Untuk Suami/Lelaki. Vitamin E adalah antioksida yang melindungi sel anda dari rosak. Di kalangan lelaki, vitamin E mempuny...